10 Tempat Menarik di Terengganu
" Yang Wajib Anda Kunjungi "
Jom terokai 10 tempat menarik di Terengganu yang menjadi destinasi pelancongan yang sarat dengan tarikan pelancong dari seluruh negeri! Dari pulau tropika yang menawan hingga pantai berpasir putih yang cantik, setiap sudut negeri ini menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa. Alami keajaiban alam, warisan budaya yang kaya, dan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Ayuh mencipta kenangan manis di 10 lokasi terbaik Terengganu, destinasi ideal untuk pengembara dan merasai keunikan tempat menarik di Discovery Terengganu!
1. Muzium Negeri Terengganu
Ayuh terokai sejarah dan budaya di Muzium Negeri Terengganu, kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara. Nikmati pelbagai pameran menarik termasuk artifak bersejarah, seni Islam, dan warisan maritim yang memikat pelancong dari seluruh dunia.
2. Pulau Redang
Merupakan salah satu pulau tercantik di Malaysia dan sebahagian daripada Taman Laut Malaysia yang diiktiraf kerana usaha pemuliharaan marin. Ini membantu melindungi ekosistem marin dan mempromosikan ekopelancongan.
3. Drawbridge Terengganu
Jambatan Angkat kuala Terengganu adalah jambatan angkat pertama yang dibina di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Ini menjadikannya satu mercu tanda yang unik berbanding jambatan-jambatan lain di negara ini.
4. Pasar Kedai Payang
Pasar ini juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan kuih-muih tradisional dan pakaian. Ini adalah tempat yang tepat untuk pelancong merasai dan menikmati hidangan autentik dari negeri ini.
5.Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam ialah sebuah taman edutainment luar yang menampilkan kegemilangan tamadun Islam sebagai temanya. Terletak di Kuala Terengganu, taman ini membanggakan dirinya dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk melawat dan mempelajari tentang monumen bersejarah dari seluruh dunia.
6. Pulau Kapas
Terkenal dengan terumbu karang yang cantik dan kehidupan marin yang pelbagai, menjadikannya tempat popular untuk aktiviti menyelam dan snorkeling. Pulau ini mudah diakses melalui bot dari Jeti Marang di Terengganu. Terdapat juga beberapa pakej penginapan menarik di resort yang terletak di pulau ini.
7. Pulau Perhentian
Pulau ini mempunyai resort pantai yang sesuai untuk percutian keluarga di Malaysia. Dikelilingi kehijauan dan pantai berpasir putih, resort ini terletak di Pulau Perhentian, yang terkenal sebagai syurga marin dan sebahagian daripada Taman Laut Negara Malaysia. Aktiviti seperti trekking hutan, melihat hidupan liar, berenang, snorkeling, dan menyelam boleh dinikmati di sekitar resort. Antara Jun dan September, pengunjung mungkin berpeluang melihat penyu hijau gergasi bertelur di pantai.
8. Kampung Budaya Terengganu
Kampung Budaya ini merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menonjolkan warisan budaya dan tradisi negeri Terengganu. Ia terletak di kawasan Taman Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis rumah tradisional Terengganu, yang dibina mengikut seni bina Melayu klasik. Setiap rumah ini melambangkan gaya hidup dan budaya masyarakat Terengganu pada zaman dahulu.
9. Pantai Penarik
Pantai Penarik di Setiu unik dengan pemandangan pantai indah berlatarbelakangkan pulau-pulau Laut China Selatan. Ia terkenal dengan gerai makanan laut segar, terutama ikan celup tepung (ICT). Pengunjung boleh menikmati hidangan sambil bersantai di tepi pantai. Suasana damai dan makanan lazat menjadikan pantai ini tarikan istimewa.
10. Setiu Wetlands
Setiu Wetlands merupakan satu-satunya kawasan hutan paya bakau di Malaysia yang menggabungkan ekosistem sungai, tasik, dan hutan bakau. Kawasan ini menjadi habitat penting bagi pelbagai spesies flora dan fauna. Kawasan ini menawarkan pelancong peluang untuk meneroka keindahan alam sambil belajar tentang ekosistem semula jadi.
Discovery Terengganu
Sebab Apa Terengganu Mempunyai Banyak Tempat Menarik ?
Terengganu menarik kerana keindahan alam semulajadinya seperti pulau-pulau tropika, pantai yang cantik, dan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. Warisan budaya dan sejarah yang kaya, termasuk Masjid Kristal dan Muzium Negeri, serta aktiviti rekreasi seperti hiking dan snorkeling, menjadikan negeri ini destinasi pelancongan yang unik dan mempesona.