Terokai Daerah Terengganu
Pilih Daerah
Mari terokai DiscoveryTerengganu
Terengganu Darul Iman
Negeri Terengganu, yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, terdiri daripada lapan daerah utama iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Marang, dan Setiu. Setiap daerah ini menawarkan keunikan tersendiri dari segi budaya, sejarah, dan tarikan pelancongan yang menggambarkan kepelbagaian dan kekayaan negeri ini, menjadikannya destinasi yang menarik untuk diterokai.
Jambatan Angkat
Jambatan ini juga dikenali sebagai "Drawbridge Kuala Terengganu," adalah satu mercu tanda moden yang terletak di muara Sungai Terengganu dan juga merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara dan menjadi simbol kemajuan dan inovasi di Terengganu.
Pulau Perhentian
Besut adalah pintu masuk ke Pulau Perhentian yang terkenal. Pulau Perhentian, merupakan antara tarikan utama di Besut, sebuah pulau tropika yang terkenal dengan air laut yang jernih dan terumbu karang yang cantik, menjadikannya destinasi popular untuk aktiviti snorkeling dan menyelam.
Air Terjun Chemerong
Dungun juga mempunyai kawasan hutan simpan dan air terjun seperti Hutan Lipur Chemerong, yang popular untuk aktiviti mendaki dan berkelah. Air terjun Chemerong yang tinggi menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman yang tak terlupakan bagi pengunjung.
Pulau Kapas
Salah satu tarikan utama di Marang adalah Pulau Kapas, yang terkenal dengan pantai berpasir putih dan air laut yang jernih. Pulau ini menjadi destinasi popular untuk aktiviti snorkeling, menyelam, dan bersantai. Keindahan terumbu karangnya serta kehidupan laut yang pelbagai menjadikan Pulau Kapas syurga bagi pencinta alam marin.
Zoo Kemaman
Kemaman juga terkenal dengan Zoo Kemaman, sebuah tarikan yang menarik bagi pengunjung yang ingin menikmati pengalaman melihat dan mempelajari tentang pelbagai jenis haiwan. Zoo ini terletak di kawasan Bukit Takal dan merupakan salah satu zoo terbesar di Pantai Timur Malaysia.
Tasik Kenyir
Salah satu tarikan utama di Hulu Terengganu adalah Tasik Kenyir, tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini merupakan syurga bagi peminat alam semula jadi dan aktiviti air seperti memancing, berkayak, dan berperahu. Di sekitar Tasik Kenyir, terdapat pelbagai gua menarik seperti Gua Bewah dan Gua Taat, serta air terjun yang indah seperti Air Terjun Lasir.
Setiu Wetlands
Antara tarikan utama di Setiu adalah Setiu Wetlands, sebuah kawasan paya bakau yang luas dan ekosistem yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Kawasan ini adalah destinasi popular untuk aktiviti ekopelancongan seperti memerhati burung, berperahu, dan fotografi alam. Setiu Wetlands juga memainkan peranan penting dalam pemuliharaan alam sekitar dan pendidikan ekologi.
Pulau Redang
Terletak di daerah Kuala Nerus. Pulau ini adalah sebahagian daripada Taman Laut Pulau Redang dan merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Terengganu, terkenal dengan keindahan alam semulajadi, pantai yang menakjubkan, dan aktiviti laut yang menarik.
Mari melancong ke Negeri Terengganu Darul Iman, destinasi yang penuh dengan keindahan semula jadi, pulauan yang cantik, alam semulajadi yang indah dan warisan budaya yang unik! Ayuh, rancang percutian anda ke Terengganu hari ini dan cipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan! Rasai pengalaman kemesraan penduduk tempatan, nikmati makanan tradisional yang lazat, dan alami sendiri pengalaman menarik dan indah yang tidak akan anda dapat dilupakan.