Penyu merupakan ikon penting bagi negeri Terengganu dan salah satu khazanah negara yang tidak ternilai. Ia melambangkan keindahan alam semula jadi dan kepentingan pemuliharaan hidupan marin 🐢. Terengganu terkenal dengan kehadiran penyu yang menjadikan pantainya sebagai lokasi utama untuk bertelur 🌊.
Dari Rantau Abang Beach up to Redang Island 🏝️, kehadiran penyu di Terengganu menjadi simbol kebanggaan dan sumber keindahan alam yang unik 🌺. Namun, penyu bukan sekadar haiwan biasa; ia adalah khazanah berharga yang memerlukan usaha pemuliharaan yang serius agar terus kekal untuk generasi akan datang 💚.
YouTube: Astro AWANI
Penyu mempunyai beberapa ciri unik yang menjadikan ia sangat istimewa. Penyu memerlukan tempoh matang yang panjang, antara 20 hingga 50 tahun, sebelum bersedia untuk bertelur. Mereka juga melakukan perjalanan migrasi jarak jauh untuk kembali ke tempat asal mereka bertelur. Fenomena ini dikenali sebagai natal homing (penghijrahan kembali ke tempat asal) ,di mana penyu betina akan kembali ke pantai yang sama setiap kali musim bertelur tiba.
Selain itu, jantina penyu yang menetas dipengaruhi oleh suhu pasir tempat telur dieramkan. Suhu tinggi cenderung menghasilkan betina, manakala suhu rendah cenderung menghasilkan jantan. Cara membezakan penyu jantan dan betina dewasa adalah melalui ekornya. Penyu betina mempunyai ekor yang lebih pendek berbanding penyu jantan. Penyu betina juga setia pada kawasan bersarang, memilih lokasi berhampiran tempat bersarang sebelumnya.
Nama Saintifik: Chelonia mydas
Penyu Agar adalah spesies penyu paling banyak mendarat di pantai Terengganu, khususnya di Pulau Redang. Penyu Agar dipercayai membantu meningkatkan kesihatan rumpai laut dan mikrohabitat sekitar.
Mereka akan meragut bahagian atas daun rumpai laut tanpa mengganggu akarnya, yang membantu rumpai laut tumbuh lebih cepat dan sihat. Musim bertelurnya berlangsung dari Mac hingga September.
Penyu Agar akan bersarang sebanyak 3-5 kali setiap musim, dengan purata sekitar 115 biji telur setiap sarang. Telur memerlukan masa inkubasi kira-kira 2 bulan sebelum menetas. Betina lebih suka bersarang di pantai berpasir yang terbuka.
Penyu Agar mencapai kematangan pada umur sekitar 25-35 tahun dan dianggarkan boleh hidup sekurang-kurangnya 70 tahun. Anak penyu akan menghabiskan masa di lautan terbuka sebelum kembali ke habitat pesisir pantai apabila dewasa.
Sumber: WWF Malaysia
Nama Saintifik: Dermochelys coriacea
Rantau Abang, Terengganu pernah terkenal sebagai lokasi melihat Penyu Belimbing, penyu terbesar di dunia, dikatakan sebesar kereta Kancil, dengan saiznya boleh mencapai sehingga 8 kaki dan beratnya mencecah 900 kg.
Penyu Belimbing adalah spesies penyu tertua, wujud lebih 150 juta tahun dan bertahan dari kepupusan dinosaur, tetapi kini menghadapi ancaman manusia. Cangkerangnya yang lembut dan unik menjadikannya istimewa.
Penyu Belimbing membesar lebih cepat daripada penyu bercangkerang keras dan dijangka hidup sekitar 45-50 tahun atau lebih. Mencapai kematangan pada usia 9 hingga 20 tahun. Penyu betina bersarang di pantai tropika setiap 2-4 tahun pada waktu malam. Mereka bertelur sekitar 100 biji setiap sarang dan telur menetas selepas 2 bulan.
Penyu ini migrasi jauh, boleh berenang lebih 10,000 batu setahun. Ia mampu menyelam sehingga 4,000 kaki selama 85 minit dan memakan mangsa seperti ubur-ubur menggunakan rahang tajam dan duri dalam mulutnya.
Nama Saintifik: Lepidochelys olivacea
Penyu Lipas bertelur secara berkumpulan dalam fenomena yang dikenali sebagai arribadas, di mana ribuan penyu betina bertelur serentak. Fenomena ini dikatakan dipengaruhi oleh perubahan cuaca, kitaran bulan, dan pasang surut laut.
Penyu ini hidup terutama di lautan terbuka (pelagik) tetapi juga boleh ditemui di kawasan pesisir benua, teluk, dan muara sungai.
Penyu Lipas mencapai kematangan seksual sekitar usia 15 tahun. Walaupun kurang ditemui di Terengganu, penyu ini masih boleh dilihat di beberapa kawasan pantai tertentu.
Penyu Lipas bertelur secara berkelompok dalam arribadas, di mana ribuan betina bertelur serentak dalam beberapa hari atau minggu. Setiap musim, mereka bertelur 1-3 kali dengan sekitar 100 biji telur setiap sarang, yang akan menetas selepas tempoh inkubasi selama 2 bulan.
Nama Saintifik: Eretmochelys imbricata
Penyu Karah matang pada usia 20-35 tahun dan dijangka hidup hingga 50-60 tahun. Populasinya telah menurun lebih 80% sejak abad lalu akibat perdagangan cangkerang cantiknya untuk perhiasan dan barangan hiasan.
Penyu ini bersarang 3-5 kali dalam satu musim, dengan setiap sarang berisi hingga 200 biji telur. Telur-telur ini menetas selepas inkubasi 2 bulan, dan betina biasanya memilih pantai bervegetasi untuk bersarang di bawah teduhan.
Penyu Karah, dengan kepala tirus dan paruh tajam seperti burung helang. Ia mudah untuk mencari makanan di celahan terumbu karang dan hampir sepenuhnya memakan span laut.
Dianggap sebagai penyu tercantik kerana cangkerangnya yang berwarna-warni, Penyu Karah tinggal di terumbu karang, kawasan berbatu, lagun, hutan bakau, pulau lautan, dan pesisir cetek di perairan tropika.
Walaupun penyu adalah spesies yang menakjubkan, ia menghadapi pelbagai ancaman. Pencemaran laut, tangkapan ikan secara tidak sengaja, dan aktiviti pelancongan yang tidak terkawal menjadi antara faktor yang mengancam populasi penyu di Terengganu. Selain itu, penebangan pokok dan pembangunan pesisir pantai juga menyebabkan habitat penyu semakin terancam.
Penyu Belimbing, sebagai contoh, hampir pupus di pantai Terengganu kerana gangguan yang tidak terkawal pada habitatnya serta penangkapan telur secara haram. Walaupun terdapat undang-undang yang melarang penjualan telur penyu, permintaan terhadap telur ini masih tinggi dalam kalangan masyarakat.
Sampah plastik dan pencemaran kimia mengancam habitat penyu, di mana penyu sering tersangkut atau termakan plastik yang disangka makanan.
Penyu sering terperangkap dalam jaring ikan atau terkena peralatan memancing, yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
Pembangunan kawasan pesisir pantai untuk pelancongan dan perumahan memusnahkan habitat bersarang penyu, mengganggu kitaran pembiakan semulajadi mereka.
Walaupun dilarang, telur penyu masih dijual secara haram dan dianggap sebagai makanan eksotik, mengurangkan peluang penyu untuk terus membiak.
YouTube: ML Studios
Namun, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan ketiadaan manusia di pantai, terdapat laporan bahawa penyu kembali ke pantai seperti Pantai Batu Buruk untuk bertelur. Fenomena ini menunjukkan bahawa apabila gangguan manusia berkurangan, penyu berani kembali ke habitat asal mereka.
Hal ini menekankan betapa pentingnya menjaga ekosistem pantai dan mengurangkan gangguan supaya penyu dapat terus hidup dan berkembang di pantai-pantai Terengganu. Ancaman-ancaman ini memberi kesan besar kepada populasi penyu, mengurangkan peluang mereka untuk membiak dan berkembang biak dengan selamat.
Telur penyu dipindahkan ke pusat penetasan yang selamat untuk meningkatkan kadar penetasan dan melindungi telur daripada pemangsa.
Pusat maklumat dan program pendidikan di kawasan pelancongan memberikan kesedaran kepada pelancong mengenai kepentingan memelihara habitat penyu.
Pantai utama seperti Rantau Abang dan Pulau Redang dikawal semasa musim bertelur untuk mengelakkan gangguan oleh pelancong dan pembangunan yang boleh mengancam proses pembiakan penyu.
Sampah plastik di laut dan pantai perlu dikurangkan kerana penyu sering termakan plastik yang disangka makanan, yang boleh menyebabkan kematian. Aktiviti pembersihan pantai secara berkala dapat membantu mengurangkan risiko ini.
Cahaya buatan di sekitar pantai boleh mengelirukan anak penyu yang baru menetas. Mengurangkan pencahayaan pada waktu malam semasa musim bertelur membantu mereka menuju ke laut dengan selamat.
Kawasan pantai di mana penyu mendarat untuk bertelur perlu dilindungi daripada pembangunan yang boleh merosakkan habitat mereka. Ini termasuk menjaga pantai dari aktiviti pelancongan yang berlebihan, terutamanya semasa musim penyu bertelur.
Terletak di Kerteh, pusat ini dikendalikan oleh WWF Malaysia bersama dengan pihak kerajaan dan Petronas. Ia menumpukan kepada pemuliharaan Penyu Agar dan Penyu Karah.
Rantau Abang terkenal sebagai kawasan sejarah penetasan penyu di Terengganu. Pusat ini memainkan peranan penting dalam pemuliharaan spesies Penyu Belimbing.
Penyu di Terengganu bukan sahaja menambah daya tarikan pelancongan tetapi juga sebahagian daripada ekosistem marin yang penting. Keunikan penyu, dari tempoh matang yang panjang hingga kemampuan kembali ke pantai asal, menjadikan ia spesies yang perlu dihargai. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga dan memelihara spesies penyu ini agar generasi akan datang turut berpeluang menyaksikan keindahan penyu di pantai-pantai Terengganu.
Jadikan Terengganu sebagai destinasi yang lestari untuk kehadiran penyu, kerana kelestarian alam adalah tanggungjawab kita bersama.
@discoveryterengganu Program Save Our Turtle 2023 merupakan inisiatif @resorts.world.kijal dengan kerjesama Pejabat Perikanan Negeri Terengganu bagi membina tempat penetasan penyu dan menjadi sebahagian daripada tarikan serta penyumbang kepada pelancongan negeri. Program dirasmikan oleh YB Datuk Razali bin Idris (Exco Pelancongan Negeri Terengganu). Untuk makluman, Resort World Kijal adalah tempat pendaratan penyu. . . . #beautifulterengganumalaysia #tourismterengganu #amazingterengganu #discoveryterengganu #discovermalaysian #amazingmalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #GayaTravel #SayangiMalaysiaKu #vm2023 ♬ Shots - Broiler Extended Club Remix - Imagine Dragons
@discoveryterengganu Acara kemuncak pelepasan anak penyu 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 “𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐔𝐑𝐓𝐋𝐄 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌” Let’s visit beautiful Terengganu, stay safe. #PenyuTerengganu #TerengganuTurtleTourism #WorldSeaTurtleDay #SeaTurtle #PenyuTerengganu #PenyuKita #BeautifulTerengganuMalaysia #BeautifulTerengganu #TerengganuKuComey #TerengganuMajuBarkatSejahtera ♬ La Lecon Particuliere - Bof La Lecon Particuliere - Francis Lai & Christian Gaubert
One thought on “Spesies Penyu di Terengganu”
baik ah sek2 penyu, dapat gok info sikit tentang penyu