Galeri
Galeri ini memaparkan gambar dan video indah tentang pantai, pulau, budaya, dan destinasi pelancongan popular di Terengganu. Ia memberi gambaran visual yang menarik bagi pelancong sebelum memulakan perjalanan dan percutian ke Negeri Terengganu. Galeri ini turut menonjolkan budaya tempatan melalui foto acara tradisional, makanan tempatan, dan seni kraf tangan. Ia menjadi rujukan visual yang mempesona untuk pelancong yang ingin merasai pengalaman unik di Terengganu sebelum lawatan mereka.
Foto
“Keindahan Negeri Terengganu”
Terengganu menawarkan pelbagai tempat menarik yang merangkumi pantai-pantai indah, pulau-pulau tropika, dan kawasan semula jadi yang mempesona. Selain keindahan alam, ia juga kaya dengan lokasi bersejarah dan kebudayaan, menjadikannya destinasi ideal untuk pelancong yang mencari pengalaman unik.
Kuliner Tradisional
“Makanan Tradisional Negeri Terengganu”
Terengganu terkenal dengan makanan tradisionalnya yang kaya dengan rasa tempatan dan warisan budaya. Hidangan seperti nasi dagang, keropok lekor, laksam, dan satar mencerminkan kekayaan laut dan bahan-bahan tempatan. Rasa makanan di sini menggabungkan elemen pedas, manis, dan masam, menjadikannya unik dan digemari oleh penduduk tempatan serta pelancong. Tekan butang dibawah untuk melihat kuliner tradisional dan juga juadah popular di Negeri Terengganu.
Foto Acara
“Acara Yang Berlangsung Di Negeri Terengganu”
Festival Kopi Terengganu
Pesta Perahu Panjang
Kapas Swimathon
Turtle Tourism
Terengganu menawarkan pelbagai acara menarik sepanjang tahun, termasuk perayaan kebudayaan acara yang menonjolkan tradisi, seni, sukan air, serta aktiviti komuniti yang menggamit pelancong untuk merasai keunikan negeri ini. Tekan butang dibawah untuk melihat keseluruah acara yang akan berlangsung di Negeri Terengganu.