Program “Lensa Kembara Bandaraya Warisan Pesisir Air” adalah sebuah FAMTRIP yang berlangsung di Kuala Terengganu selama 3 Hari 2 Malam, bertujuan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan dan destinasi menarik sekitar bandaraya ini kepada para pelancong. Program ini akan melibatkan pempengaruh media sosial, blogger, dan agen pelancongan yang berperanan penting dalam mempromosikan keunikan bandaraya Kuala Terengganu melalui platform media sosial mereka. Melalui FAMTRIP ini, aktiviti pelancongan di Kuala Terengganu dapat diperkenalkan kepada lebih ramai pelancong, sekali gus memartabatkan lagi warisan budaya dan tarikan bandaraya pesisir air ini.
Masa | Tempat Lawatan | Aktiviti |
---|---|---|
2.00 pm | Duyung Marina Resort dan melawat Royal Suites Duyong Marina. | – Check-in – Free and Easy – Hotel Briefing |
5.00 pm | Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Dibatalkan) digantikan dengan Makan Steamboat di Bytes Cafe. | – Sightseeing – Lawatan Teknikal |
6.30 pm | Warung Ikan Bakar D’Sangkar Ayoh Pa. | – Makan Malam |
8.00 pm | Pulang ke hotel dan berehat. | – Solat / Free and Easy |
Merupakan sebuah penginapan mewah yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Malaysia. Tempat ini terkenal dengan pemandangannya yang indah, fasiliti marin, serta lokasinya yang strategik berhampiran Sungai Terengganu. Resort ini menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong yang ingin menikmati ketenangan dan keindahan alam dengan sentuhan kemewahan.
Keunikan warung terapung di atas sungai yang terletak di Kampung Belada Kepong. Warung ini menyajikan hidangan ikan sungai bakar yang menjadi tarikan utama. Selain itu, suasana pemandangan sungai Kuala Nerus turut menambah daya tarikan kepada pengunjung.
Perkhidmatan “River Cruise” yang membawa pelancong atau pengunjung untuk merasai pengalaman selama 1 jam menelusuri muara Sungai Kuala Terengganu. Pelbagai informasi dikongsi sepanjang pengembaraan tersebut mengenai tempat-tempat menarik dan bersejarah sepanjang laluan tersebut.
Keunikan warung terapung di atas sungai yang terletak di Kampung Belada Kepong. Warung ini menyajikan hidangan ikan sungai bakar yang menjadi tarikan utama. Selain itu, suasana pemandangan sungai Kuala Nerus turut menambah daya tarikan kepada pengunjung.
Kuala Terengganu, bandar penuh dengan sejarah dan pesona budaya, menjadi destinasi pertama kami dalam Program Suai Kenal Famtrip “Lensa Kembara Bandaraya Warisan Pesisir Air.” Dari detik ketibaan di Duyung Marina Resort, kami disambut dengan layanan yang sangat mesra. Resort ini terkenal dengan keindahan lokasinya di Pulau Duyong, dikelilingi pemandangan indah Sungai Terengganu. Selepas pendaftaran, kami diberikan taklimat ringkas tentang kemudahan resort yang mewah dan menarik.
Selepas check-in, kami dibawa melawat Royal Suites, salah satu kemudahan utama di Duyung Marina Resort. Reka bentuk dalaman suite ini sangat mengagumkan, lengkap dengan kolam renang infinity dan gimnasium, memberikan pengalaman yang luar biasa kepada setiap tetamu yang menginap di sini. Pemandangan sungai dari suite ini memang tiada tandingan.
Selesai melawat sekitar resort, kami dijamu dengan hidangan istimewa di Bytes Café. Steamboat yang disajikan sangat enak, dengan pelbagai pilihan bahan segar dan sos yang menambah rasa. Lokasi café yang berdekatan sungai memberikan suasana makan petang yang santai dan mendamaikan.
4. Pelayaran Menyusuri Sungai Terengganu
Aktiviti seterusnya, menyusuri Sungai Terengganu menaiki bot khas. Walaupun lawatan ke Jambatan Angkat terpaksa dibatalkan kerana penyelenggaraan, perjalanan di sepanjang sungai pada waktu senja merupakan pengalaman yang tidak ternilai. Pemandu pelancong kami, En. Mohammad Nor, bercerita tentang sejarah dan perkembangan Islam di Terengganu, membawa kami menghayati lebih mendalam akan keunikan negeri in
6. Makan Malam di Warung Ikan Bakar D’Sangkar Ayoh Pa
Kami tiba di Warung Ikan Bakar D’Sangkar Ayoh Pa untuk makan malam, disajikan dengan pelbagai jenis ikan bakar yang segar dan lazat. Kami juga berpeluang mendengar kisah penternakan ikan dalam sangkar daripada anak pemilik warung, yang membantu memajukan ekonomi tempatan.
Gambar Kenangan di Jambatan Angkat
Sebelum kembali ke resort, kami berhenti seketika untuk mengambil gambar kenangan di belakang Jambatan Angkat. Pemandangan malam yang berkilauan menjadi latar belakang sempurna untuk merakam momen indah bersama.
Mengakhiri Hari dengan Penuh Kepuasan
Hari pertama Famtrip ini berakhir dengan kenangan manis. Kembali ke Duyung Marina Resort, kami semua bersemangat untuk meneruskan aktiviti esok. Setiap aktiviti pada hari ini benar-benar memperkenalkan kami kepada warisan dan keramahan Terengganu, dari keindahan alam semula jadi hinggalah ke makanan tradisional yang menyelerakan.
Masa | Tempat Lawatan | Aktiviti |
---|---|---|
8.00 am | Duyung Marina Resort | – Sarapan Pagi |
9.30 am | Kampung Budaya Kuala Terengganu | – Lawatan Kebudayaan – Persembahan Kebudayaan |
12.00 pm | Kari Kepala Ikan Pasir Tinggi | – Makan Tengahari |
1.30 pm | Makam Sheikh Malek | – Lawatan Makam Ulama |
2.30 pm | Taman Tamadun Islam | – Lawatan Taman Monumen – Masjid Kristal |
4.30 pm | River Cruise Payang Water Taxi | – Makan Malam di atas bot – Sunset Trip |
4.00 pm | Scout Inn | – Rehat – Free and Easy |
8.00 pm | Studio Jalan Ampas (NOSJA) | – Aktiviti Santai – Jualan Produk Makanan Terengganu |
Merupakan sebuah kompleks pameran kebudayaan yang terletak di Muzium Negeri Terengganu di Kampung Bukit Losong, Kuala Terengganu. Tempat ini didedikasikan bagi tujuan mempromosikan dan melestarikan budaya dan warisan tradisional Terengganu serta memperkenalkan pengunjung pada kehidupan masyarakat Melayu yang kaya akan seni, budaya, dan adat istiadat.
Hari kedua bermula dengan 🥐🍳 sarapan pagi di Duyung Marina Resort. Hidangan pagi yang 🍽️ menyelerakan disediakan oleh pihak resort, memberikan tenaga 💪 dan semangat kepada kami untuk meneruskan aktiviti pada hari kedua ini.
Kami bertolak ke Kampung Budaya Terengganu dengan menaiki bas 🚍 Kiter milik Cas Ligas. Perjalanan kami bermula dari Duyung Marina Resort melalui 🌉 Jambatan Sultan Mahmud, membawa kami ke Kampung Budaya Terengganu. Sepanjang perjalanan menerusi 🛣️ Jalan Losong, pemandu pelancong kami, En. Mohammad Nor, memberikan pelbagai info ℹ️ dan maklumat tentang sejarah 📜 Terengganu. Beliau begitu arif tentang pelancongan dan sejarah negeri ini, malah dia seperti “🤖 ChatGPT pada zaman dahulu kala” kerana tidak berhenti bercakap sehingga kami tiba di destinasi pertama! Ini membuktikan bahawa Negeri Terengganu mempunyai begitu banyak tarikan pelancongan dari segi budaya 🎭, sejarah 📚, pulau 🏝️, eko-pelancongan 🌿, dan banyak lagi.
Kami tiba di Kampung Budaya Terengganu dan diberi peluang untuk mengenali jenis-jenis 🏠 rumah tradisional yang terdapat di Terengganu, serta perahu-perahu 🚤 yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya negeri ini. Pengalaman ini memberikan kami pemahaman yang lebih mendalam mengenai kehidupan tradisional masyarakat Terengganu.
🎶 Kami juga mempelajari alat muzik 🎵 tradisional, iaitu Gamelan. Ini merupakan pengalaman yang unik, di mana kami dapat mengetahui lebih lanjut tentang muzik Gamelan yang sering digunakan dalam majlis keramaian 🎊 dan acara rasmi. Selain itu, kami turut mencuba beberapa permainan tradisional 🏸 yang ada di Kampung Budaya Terengganu, serta membeli cenderahati 🎁 untuk kenang-kenangan.
Kami bertolak ke Warung Santai D' River untuk makan tengahari. Hidangan yang dinanti-nantikan adalah Kari Kepala Ikan , yang dinikmati di tepi sungai di bawah jambatan jalan Bukit Payong - Telemong. Suasana yang nyaman dan hidangan yang lazat menjadikan makan tengahari ini satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan dengan menziarahi makam Sheikh Malek, seorang ulama terkenal di Terengganu. Ini adalah pengalaman yang mendalam di mana kami dapat memahami lebih lanjut tentang sejarah 📜 dan sumbangan ulama ini kepada masyarakat Terengganu.
Destinasi seterusnya adalah Taman Tamadun Islam. Di sini, kami berpeluang melihat pelbagai replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia 🕌🕋. Tempat ini memberikan kami gambaran tentang kepelbagaian seni bina 🏛️ dan budaya Islam, serta nilai-nilai sejarah yang sangat penting.
Masa | Tempat Lawatan | Aktiviti |
---|---|---|
8.00 am | Scout Inn | – Sarapan Pagi |
8.30 am | Scout Inn | – Briefing Hotel |
9.30 am | Sesi Media bersama PMINT | – Santai Talk bersama GCEO |
11.00 am | Program Lawatan Tamat | – Peserta Pulang |