Nasi Dagang merupakan makanan tradisional yang sangat popular di Malaysia dan ia juga ialah simbol makanan tradisi Terengganu dan Kelantan sejak berkurun lagi. Masyarakat di Pantai Timur selalunya makan nasi ini pada waktu sarapan pagi sebagai pembuka selera.
YouTube: ML Studios
“Keaslian Rasa, Warisan Pantai Timur”
Nasi Dagang adalah hidangan tradisional yang terkenal di Terengganu dan Kelantan serta menjadi salah satu daripada beratus-ratus jenis makanan yang telah diiktiraf sebagai makanan warisan kebangsaan. Kedudukan nasi dagang dalam senarai ini setaraf dengan hidangan popular lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi kunyit (pulut kuning), dan nasi goreng.
Namun, tahukah anda apa yang membezakan nasi dagang Terengganu dengan nasi dagang Kelantan? Selain itu, adakah anda tahu tentang sejarah dan asal usul yang melahirkan hidangan tradisi ini ?
Nama “nasi dagang” sendiri menunjukkan kaitan dengan pedagang atau peniaga. Sejarah nasi dagang dikatakan bermula sebagai makanan yang dihasilkan untuk tujuan perdagangan kerana ia lazat, tahan lama, mengenyangkan, dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Terdapat teori bahawa nasi dagang pada asalnya adalah makanan yang disediakan untuk para pedagang yang melakukan perjalanan jauh.
Puteri Saadong, anak perempuan Datuk Loyor dan cucu Raja Sakti, diangkat sebagai anak oleh Cik Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan. Beliau kemudian berkahwin dengan sepupunya, Raja Abdullah, putera Sultan Samiruddin (Raja Jembal).
Menurut kisah yang sering diceritakan oleh orang tua-tua, seorang Raja Siam terpikat dengan kecantikan Puteri Saadong dan menangkapnya untuk dibawa ke Siam dengan niat menjadikannya isteri. Namun, Raja Siam tersebut tidak dapat mendekati atau menyentuh Puteri Saadong, malah menderita penyakit kulit misteri yang tidak dapat disembuhkan untuk jangka masa yang lama.
Puteri Saadong mengetahui rahsia di sebalik penyakit Raja Siam itu dan menawarkan diri untuk menyembuhkannya dengan syarat beliau akan dihantar pulang ke Kelantan jika berjaya. Dengan izin Tuhan, rawatan Puteri Saadong berjaya menyembuhkan Raja Siam, yang kemudiannya menunaikan janjinya untuk menghantar Puteri Saadong pulang ke Kelantan.
Selain itu, nelayan Terengganu yang tinggal berhampiran istana akan mempersembahkan nasi dagang ini kepada pihak istana setiap kali perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ini menjadi tradisi simbolik kerana nasi dagang juga merupakan hidangan kegemaran kerabat istana dan dihidangkan pada setiap acara serta perayaan di Terengganu.
Hari ini, hidangan nasi dagang telah berevolusi dan boleh ditemui di pelbagai negeri serta daerah di luar Terengganu dan Kelantan. Contohnya, di Johor dan beberapa daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh, dan Kuantan, terdapat versi nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai pilihan kuah.
Sejak tahun 2009, nasi dagang telah diiktiraf sebagai salah satu hidangan tradisional yang menjadi makanan warisan kebangsaan. Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menghargai dan berbangga dengan hidangan ini sebagai sebahagian daripada warisan budaya kita. Bagi masyarakat Terengganu dan Kelantan, ilmu menyediakan hidangan ini dianggap sebagai asas penting dalam seni kulinari, terutamanya bagi golongan wanita.
Letakkan di dalam bekas yang dialas daun pisang, tekan sedikit biar mampat. Tutup nasi dengan daun pisang dan sedia untuk dihidang