Loading ...

Bilakah kali terakhir anda menyaksikan pemandangan yang begitu indah sehingga anda terdiam seketika? Jika anda rindu akan detik itu, inilah masanya untuk merasainya kembali! Rancang percutian anda ke 7 pulau menarik di perairan Terengganu untuk pengalaman yang tak terlupakan.

7 Pulau Menarik di Terengganu

Pulau Redang dan Resort

1. Pulau Redang

Salah satu pulau popular di Malaysia. Pulau Redang memang layak digelar syurga bagi pencinta aktiviti air seperti berenang, snorkeling, scuba diving, berkayak, serta aktiviti lasak seperti jungle trekking. Selain itu, pilihan penginapan yang mewah juga tersedia di pulau ini terutamanya di kawasan tepi pantai.

Lawati
Pemandagan di Pulau Perhentian

2. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan pulau tercantik dan destinasi popular bagi backpacker, dengan pelbagai pilihan chalet bajet. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Kuala Besut. Bagi yang mencari keselesaan dan percutian lebih eksklusif, terdapat juga resort-resort mewah di pesisir pantai Pulau Perhentian.

Lawati
Batu Singa Pulau Kapas

3. Pulau Kapas

Pulau ini mempunyai pemandangan bukit batu singa yang indah. Ia sering menjadi pilihan untuk aktiviti mencandat sotong sekitar bulan Jun dan Julai. Pulau kecil ini menawarkan keindahan semula jadi dengan air laut yang jernih kebiruan, serta kekayaan hidupan marin yang menanti untuk diteroka.

Lawati
Pulau Lang Tengah

4. Pulau Lang Tengah

Pulau yang terletak di daerah Kuala Nerus ini menawarkan aktiviti snorkeling untuk melihat coral dan hidupan marin sememangnya bertaraf dunia. Jika bernasib baik, anda berpeluang melihat penyu hijau bertelur di tapak sarangnya antara bulan Mei hingga September pada setiap tahun.

Lawati
Pulau Tenggol

5. Pulau Tenggol

Terletak sekitar 50 minit dari Jeti Kuala Dungun, destinasi popular untuk aktiviti menyelam walaupun saiznya hanya 3 km panjang. Dahulu tidak berpenghuni, kini kawasan pulau ini menawarkan beberapa hotel dan resort tepi pantai yang selesa. Bagi pencinta cabaran, pulau ini juga menyediakan aktiviti jungle trekking dan mendaki bukit setinggi 800 kaki di tengah pulau. Destinasi sempurna untuk berbulan madu bagi pasangan yang inginkan suasana yang damai.

Lawati
Pulau Gemia

6. Pulau Gemia

Pulau Gemia, sebuah pulau persendirian terletak 800 meter di utara Pulau Kapas, menawarkan pantai yang cantik dan perairan dikelilingi terumbu karang. Hanya terdapat satu resort di sini, iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort, menjadikannya pilihan ideal untuk percutian yang privasi dan tenang. Aktiviti santai seperti berehat dan menikmati pemandangan lebih popular di sini, tetapi snorkeling dan berkayak juga boleh dilakukan di kawasan sekitar.

Lawati
Selam Skuba Di Pulau Bidong

7. Pulau Bidong

Pulau Bidong, terletak di Kuala Nerus, Terengganu dengan keluasan 203 hektar, dikenali sebagai Pulau Vietnam. Sejak kebelakangan ini, pulau ini semakin dikenali setelah usaha kerajaan negeri memajukannya sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan. Aktiviti snorkeling dan kayak di Pulau Bidong tetap menarik bagi pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi. Perairan di sekitar pulau ini masih jernih dan kaya dengan terumbu karang serta hidupan marin, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti snorkeling.

Lawati

YouTube: Sintok News

Pulau Popular di Terengganu
Pulau Popular di Terengganu

Destinasi Pulau Terbaik di Terengganu

Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 10 pulau di Terengganu, namun hanya 7 pulau yang paling sesuai untuk aktiviti percutian seperti snorkeling, scuba diving, berbulan madu, dan lain-lain. Pulau-pulau yang selebihnya masih boleh dilawati, tetapi mungkin sedikit terhad dari segi akses pengangkutan, kemudahan fasiliti, serta pilihan penginapan yang tersedia untuk pelancong.
 
Perairan ini menjadi habitat bagi pelbagai spesies marin, termasuk penyu, ikan tropika, terumbu karang, dan kadang kala, ikan jerung kecil yang tidak berbahaya. Pulau Redang khususnya terkenal sebagai kawasan perlindungan penyu, di mana pengunjung berpeluang melihat penyu bertelur. Jom terokai lebih banyak tempat menarik di Terengganu.

Kesimpulan

Pulau Kapas 10 Tempat Menarik Terengganu

Terengganu bukan sahaja dikenali dengan keropok lekor dan industri batiknya, tetapi juga mempunyai banyak pulau yang popular yang mampu menyentuh hati dan membawa anda ke alam mimpi. Dengan pantai berpasir putih yang lembut serta laut yang jernih memukau, pulau-pulau ini menjadi destinasi idaman, bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah pelancong antarabangsa juga.

Faktor Keselamatan

Anda harus beringat, kepulauan di Terengganu ini terletak di Laut Cina Selatan dan tidak digalakkan untuk ke sini pada musim tengkujuh yang selalunya berlaku antara bulan Oktober sehingga Mac setiap tahun. Pada tempoh ini, ombak kuat dan cuaca tidak menentu. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia untuk merancang perjalanan yang selamat.

Jabatan Meteorologi Malaysia

Tambah Komen

Your email address will not be published.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Blog Terkini

Menghargai Sejarah Muzium Dungun

Menghargai Sejarah Muzium Dungun

Selamat Datang ke Blog Kunjungan Saya ke Muzium Dungun Selamat Datang ke Blog Kunjungan Saya…

ms_MYMS