Loading ...
Pulut Lepa Terengganu

Pulut Lepa Tradisi Terengganu

“Selamat datang ke blog kategori makanan tradisional Negeri Terengganu! Di sini, kami akan membawa anda mengenali Pulut Lepa, hidangan ringkas yang kaya dengan rasa dan sejarah. Nikmati setiap helaian cerita dan resepi yang menjadikan Pulut Lepa begitu istimewa dan digemari oleh ramai. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang hidangan unik ini !”

YouTube: ML Studios

Pulut Lepa Terengganu

Pulut Lepa

“Makanan Tradisional Negeri Terengganu”

Apa itu pulu lepa ?

Pulut Lepa adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular dari Terengganu. Hidangan ini terdiri daripada pulut yang dibungkus dengan daun pisang dan diisi dengan inti ikan atau ayam yang telah dimasak bersama santan, bawang, lada kering, kelapa parut, dan rempah-rempah. Pulut Lepa sering dihidangkan sebagai sarapan atau kudapan, menjadi pilihan kegemaran penduduk tempatan dan pelawat. 

 

Pulut Lepa bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk Terengganu, tetapi juga di kalangan pelancong yang datang ke negeri ini. Hidangan ini menawarkan kombinasi rasa yang lemak dan berempah, dengan tekstur pulut yang lembut dan isi yang sedap. Keunikan cara penyediaannya dan aroma daun pisang yang dipanggang menjadikannya pengalaman kulinari yang tidak boleh dilepaskan.

Versi Lain Bagi Pulut Lepa

Selain itu, terdapat versi lain yang serupa, iaitu pulut panggang, yang menggunakan inti kelapa. Arang digunakan untuk memanggang pulut lepa bagi memastikan api sekadar berbara, bukan marak. Pembakar perlu sering membalik-balikkan pulut lepa untuk mengelakkan ia hangus dan mengangkatnya pada masa yang sesuai mengikut pengalaman mereka.

Cara Menikmati Pulut Lepa Yang Sempurna

Untuk menikmati Pulut Lepa dengan kelemakkan dan kelembutan yang optimum, hidangkan ketika masih panas. Ini membolehkan anda merasai tekstur pulut bersantan yang lembut dan inti ikan yang lazat. Hidangan ini sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, menjadikannya pilihan tepat bagi mereka yang ingin menikmati rasa tradisional dengan cara yang mudah dan cepat.

Pulut Lepa sesuai dihidangkan pada bila-bila masa, terutamanya sebagai sarapan pagi atau kudapan petang. Ia mudah didapati di gerai-gerai makanan di Terengganu, termasuk di sekitar Kuala Terengganu, Marang, dan kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Pulut Lepa Sejuk Beku: Kemudahan Untuk Anda

Jika anda tidak sempat membeli Pulut Lepa yang sudah dipanggang, atau tidak mahu menunggu ia disiapkan, anda boleh membeli versi sejuk beku (frozen) yang tersedia di kedai-kedai makanan sejuk beku dan pasaraya. Penyediaan Pulut Lepa sejuk beku sangat mudah dan tidak memakan masa yang agak lama. Anda perlu panaskan mengikut kesesuaian pulut dengan menggoreng, mengukus, memanggang, atau membakar.

Di Mana Nak Cari Pulut Lepa ?

Di Terengganu, anda boleh mendapatkan Pulut Lepa dengan mudah di gerai-gerai sekitar kampung Ladang, Kuala Terengganu. Ini adalah tempat terbaik untuk mencuba pulut lepa asli yang diisi dengan ikan segar.

Bagi mereka yang ingin mencuba merasai kelazatan makanan tradisi rakyat Terengganu, anda boleh membeli pulut lepa ini di lokasi yang telah kami senaraikan.

  1. Gerai kecil sebelah Hotel & Apartment Sumai, di Batu Buruk.
  2. Kedai Pulut Lepa Mok Long di Kg Jeram, berhampiran Pustaka Jeram.
  3. Pulut Lepa Ladang(Kak Ani)Tepi pagar sekolah rendah ladang
  4. Pulut Lepa/Panggang Mok Coh – gerai di Jalan Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, berhampiran dengan surau.
  5. Pulut Lepa Mokde Yah di hadapan surau Ladang.
  6. Nah Pulut di Losong.
  7. Gerai di hadapan Depo JKR di Kg Bukit, K.Terengganu.
  8. Pulut Lepa(pulut Panggang Jalan Pejabat Kuala Terengganu)
  9. Ayam Goreng Mad Corner (AGM) di Pasir Panjang.

Kesimpulan

Pulut Lepa adalah salah satu hidangan yang mempamerkan kekayaan rasa dan tradisi masakan Terengganu. Dengan cara penyediaan yang mudah tetapi menghasilkan rasa yang istimewa, Pulut Lepa terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin merasai keaslian makanan tradisional Pantai Timur. Jika anda berkunjung ke Terengganu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba Pulut Lepa yang lazat ini !

Tambah Komen

Your email address will not be published.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

ms_MYMS