Payang Walk
Buka Sekarang
"Bandar Raya Warisan Pesisir Air"
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
Kongsikan kepada Rakan, Kenalan, Ahli Keluarga Anda
YouTube: TERENGGANU JOURNAL
Payang Walk
&
Beca warisan
“2 Tarikan Baharu”
Terengganu, negeri yang kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam, kini memperkenalkan tarikan baharu untuk memperkasa sektor pelancongan Terengganu di tanah besar serta pulau-pulaunya. Payang Walk mengambil namanya daripada Pasar Kedai Payang yang terkenal, dan ia merupakan kawasan pejalan kaki yang dipenuhi dengan kedai-kedai, gerai makanan, dan peniaga jalanan. Tapak ini dibahagikan kepada kawasan jualan makanan tradisional dan produk tempatan serta persembahan kebudayaan dan kesenian.
Beca Warisan Sebagai Simbol Tradisi Terengganu
Salah satu tarikan utama di kawasan ini adalah Beca Warisan, atau lebih dikenali sebagai “Heritage Rickshaw“. Beca ini menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri. Bukan sahaja berfungsi sebagai pengangkutan tradisional, Beca Warisan juga menjadi simbol budaya dan warisan negeri. Beca Warisan Terengganu terkenal dengan reka bentuknya yang unik serta hiasan yang menarik.
Payang Walk
- Lokasi: Berpusat di sekitar Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
- Konsep: Payang Walk adalah kawasan yang membolehkan 100 peniaga beroperasi setiap Jumaat. Di sini, pengunjung dapat menikmati makanan tradisional, produk tempatan, serta persembahan seni dan budaya.
- Tujuan: Meningkatkan pendapatan peniaga dan memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.
Beca Warisan (Heritage Rickshaw)
- Penampilan: 16 beca warisan telah diperbaharui dengan bantuan dana RM240,000. Beca ini kini mempunyai panel solar.
- Laluan: Pengunjung akan diajak mengelilingi Pasar Kedai Payang dan Kampung Cina dalam laluan sepanjang tiga kilometer. Mereka dapat menikmati pemandangan indah dan menghayati keunikan tempat-tempat menarik di dekatnya.
- Inspirasi: Konsep beca warisan ini diambil dari pengalaman operasi beca di Melaka.
Suasana Santai Di Malam Hari
Kawasan itu yang sebelum ini agak sepi pada waktu malam kini berubah 360 darjah dan menjadi tumpuan ramai sejak kewujudan Payang Walk. Beroperasi dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam, kawasan tarikan orang ramai ini merupakan pusat sehenti menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu yang dimodenkan sesuai dengan cita rasa semasa bersama elemen budaya dan warisan Terengganu.
Selain itu, terdapat persembahan kebudayaan dan kesenian tempatan yang ditampilkan di kawasan ini antaranya adalah rodat, wayang kulit dan dikir barat. Dengan Payang Walk dan Beca Warisan, Terengganu semakin menarik dan memperkasa sektor pelancongan. Mari nikmati keindahan dan keunikan negeri ini bersama-sama !
Senarai Kemudahan
- Gerai Jualan
- Mesra Haiwan Peliharaan
- Parkir Motorsikal
- Tempat Duduk Luaran
- Tempat Letak Kereta
Tanda
Kotak Maklumat
19, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Booking Online
Book NowBy Trip.com
Waktu Pembukaan
Buka Sekarang
Closed
Closed
Closed
Closed
Open
Closed
Closed
November 23, 2024
6:05 AM