Terokai Terengganu
Selamat datang ke DiscoveryTerengganu, pasukan kami terdiri daripada individu yang bersemangat dan berpengalaman. Kami bekerja keras untuk memastikan setiap maklumat yang disediakan di laman web ini adalah tepat dan berguna untuk pelawat kami. Kami juga berusaha untuk berkongsi tips dan panduan perjalanan yang praktikal untuk membantu anda merancang percutian yang sempurna di Terengganu. Terima kasih kerana melawat DiscoveryTerengganu, kami berharap laman web ini akan menjadi sumber inspirasi dan panduan utama anda dalam meneroka keajaiban Negeri Terengganu Darul Iman. Selamat melancong dan menikmati setiap saat anda yang indah di Terengganu!
Panduan Komprehensif untuk Pelancongan di Terengganu
- Senarai tempat-tempat menarik di Terengganu
- Maklumat yang terperinci dan lengkap
- Rujukan yang cepat bagi para pelancong
Direktori
Rakan Kolaborasi DiscoveryTerengganu
Dipercayai oleh lebih 135000 pengikut di media sosial
Laman web utama pelancongan Terengganu
Laman web yang fokus khas untuk sektor pelancongan bagi negeri Terengganu Darul Iman.
Akses senarai tempat dengan cepat
Mempunyai lebih 155 senarai tempat menarik yang boleh diakses dengan cepat dan berinfomasi. (Kemaskini 10 Nov 2024)
Ahli Discovery Terengganu
Visi Kami
Menjadi platform pelancongan utama untuk mempromosikan keindahan, budaya, dan warisan Terengganu di peringkat global
Misi Kami
Meningkatkan kesedaran mengenai destinasi menarik di Terengganu, menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, serta menggalakkan pelancongan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.
Nilai Teras Syarikat (KIK)
Keaslian (Authenticity)
Inovasi (Innovation)
Komuniti (Community)
Inisiatif Projek
Kempen Digital yang Meluas untuk Discovery Terengganu
Melancarkan kempen iklan berbayar di Facebook, Instagram, dan Google.
Kerjasama dengan Hotel dan Agensi Tempatan
Sesi perjumpaan eksklusif bersama hotel dan agensi tempatan.
Insentif Slot Promosi Eksklusif untuk Rakan Kerjasama
Menyediakan slot iklan istimewa di laman Discovery Terengganu.
Papan Iklan dengan QR Code di Lokasi Strategik
Pasang papan iklan di lokasi tumpuan tempat pelancongan.
Pengumpulan Maklumat Destinasi Kurang Dikenali oleh Komuniti Tempatan
Program komuniti “Kenali Terengganu” untuk melibatkan penduduk tempatan.
Penggunaan Media Sosial untuk Meningkatkan Keterlibatan
Mingguan ‘Challenge’ menggunakan hashtag unik mempromosikan Discovery Terengganu.
Pengumpulan Maklum Balas Pelancong
Sistem soal selidik automatik dalam aplikasi dan website untuk kumpul maklumbalas.
Promosi Aplikasi untuk Meningkatkan Muat Turun
Tawaran diskaun / hadiah dengan rakan kongsi bagi muat turun aplikasi.
Pemasangan dan Pengenalan Awang Intelligent
Pelancaran rasmi Awang AI Chat Bot dan Web untuk kegunaan umum. (Beta)
Sokongan pengguna
Pengoptimuman SEO
Kolaborasi Kejayaan Kohayat dan Studyo Mung
Koperasi Keluarga Haji Yaakub Terengganu Berhad (KOHAYAT)
Koperasi yang ditubuhkan pada 31 Januari 2023 di Terengganu, terdiri daripada 25 ahli berdaftar. Motto "Bersinergi untuk kejayaan bersama"KOHAYAT berusaha memajukan ekonomi melalui inisiatif proaktif, dan yakin dengan potensi ahli yang memiliki pelbagai kemahiran. Website Discovery Terengganu kini dikuasakan oleh KOHAYAT, mewakili keterlibatan koperasi dalam mempromosikan pelancongan dan ekonomi digital. Bersama-sama, KOHAYAT dan Discovery Terengganu berusaha untuk mengangkat Terengganu sebagai destinasi pilihan yang menyajikan budaya dan kecantikan alam semula jadi yang luar biasa.
Discovery Terengganu by Studyo Mung
Studyo Mung adalah syarikat kreatif tempatan yang memegang peranan penting dalam penyediaan gambar dan video untuk projek pelancongan Discovery Terengganu. Di bawah kepakaran Farid Rahim, seorang jurugambar, videografer, dan pereka berpengalaman dalam perisian Adobe Photoshop dan Illustrator, Studyo Mung menawarkan visual yang memukau dan berkesan untuk menonjolkan keindahan Terengganu.Farid Rahim, sebagai pemilik dan pakar utama di Studyo Mung, memiliki visi yang tajam dalam menangkap keunikan budaya dan pesona alam Terengganu. Dengan kemahiran artistik yang mantap dan sentuhan profesional, beliau memastikan setiap karya visual bukan sahaja menarik minat tetapi juga memancarkan keaslian dan keunikan negeri Terengganu.
Kejayaan Discovery Terengganu Dibina Atas Dedikasi dan Kerjasama Staf yang Berkerja Keras – Bersama, Kita Semarakkan Kebanggaan Negeri.
Ridhwan Musa
Arif Ghani
Pelajar Praktikal Untuk Content Creator atau Vlogger & Blogger
Tempat praktikal di :
- PT 33847, Tingkat 1, Dataran Tembesu Perdana, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
- Masa Kerja : 9.30 AM - 5.30PM
- Elaun disediakan dari kami
- Tempat tinggal tidak disediakan
- Minima masa praktikal 5 bulan dan keatas
Kelayakan seperti berikut
- Lelaki Sahaja
- Minat dan Ada Pengetahuan Asas
- Kemahiran Komunikasi Asas
- Penggunaan Kamera atau Telefon Pintar Asas
- Pengurusan Masa dan Disiplin
- Kemahiran Edit Video dan Gambar Asas (Capcut)
- Idea Kreatif dan Inisiatif
- Kemahiran Penyelidikan Ringkas
- Sikap Positif dan Adaptabiliti
Intern yang diperlukan daripada :
- Pengurusan Reka Bentuk Multimedia dan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Perniagaan dengan Pemasaran (Business Management with Marketing)
- Pengurusan Pelancongan (Tourism Management)
- Pengurusan Acara dan Pelancongan (Event and Tourism Management)
- Atau lain-lain Kos yang Berkenaan dan Sesuai.
Apa yang anda akan belajar?
- No Code AI
- Penulisan Kandungan
- SEO
- Videografi dan Penyuntingan
- Pengurusan Platform Sosial
- Strategi Pemasaran Digital
- Analisis Prestasi Kandungan
- Membina Identiti Jenama
- Pengalaman Pengguna (UX)
- Storytelling Berkesan
- Penyelidikan Audiens
- Penggunaan Peralatan Video / Kamera
- Perisian Multimedia Terkini
- Asas Keusahawanan Digital
- Kolaborasi dengan Jenama
- Dan banyak lagi ilmu yang anda akan dapatkan di sini.
Jika anda berminat bersama kami
- Sila emailkan resume anda ke : [email protected]
- Atau whatsapp sahaja resume anda ke 012-7853626
Apa yang mereka bincangkan tentang kami
Markah kepercayaan 4.7 (Berdasarkan ulasan)