Logo-Discovery-Terengganu-White-scaled
KALENDAR ACARA TERENGGANU 2026

Semua Acara Terengganu, Satu Tempat

Pusat rujukan rasmi acara utama & sampingan sepanjang tahun 2026.

13 Acara Utama Sepanjang 2026 Seluruh Terengganu
VIDEO RASMI
Video Montage Calendar Of Events 2026

Selamat datang ke halaman rasmi Kalendar Acara Terengganu 2026, pusat rujukan lengkap untuk meneroka acara utama dan acara sampingan yang berlangsung sepanjang tahun di seluruh negeri Terengganu.

Bagi tahun 2026, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu mempersembahkan 13 Acara Utama (Signature Events) serta ratusan acara sampingan merangkumi pelbagai segmen seperti pelancongan budaya, sukan, alam semula jadi, komuniti, kreativiti dan gaya hidup.

Daripada Pelita Raya Terengganu, Terengganu Marathon, Karnival Pantai, acara sukan ekstrem, festival warisan, hinggalah kepada program bertaraf antarabangsa, kalendar ini menjadi panduan penting untuk merancang kunjungan dan aktiviti sepanjang tahun.

Sama ada pelancong tempatan, pelancong antarabangsa, penganjur acara atau komuniti setempat, halaman ini membantu anda mendapatkan maklumat tarikh, lokasi dan jenis acara dengan lebih teratur, mudah dan terkini, menjadikan Terengganu destinasi pilihan sepanjang tahun 2026.

✨HIGHLIGHT EVENT

Medal BBHM 2026

BATU BERSURAT HALF MARATHON 2026

Batu Bersurat Half Marathon menghimpunkan pelari elit antarabangsa untuk bersaing di bumi Terengganu, sekali gus mengangkat Terengganu sebagai destinasi marathon bertaraf dunia.

Dengan laluan berlatarbelakangkan pemandangan indah Kuala Berang, Hulu Terengganu, acara ini bukan sekadar perlumbaan, malah pentas global yang meletakkan Kuala Berang di peta pelancongan dunia.

Acara Utama Terdekat

Terokai Semua Event Menarik di Terengganu!

Tranung Dok Rilek!

🗓️ Terengganu Event Calendar

Senarai Calendar Of Events 2026

Status event dikemaskini automatik ikut tarikh hari ini.

🎉
0 event akan datang & sedang berlangsung
🗓️ Acara & Event Terengganu

Apa Yang Happening Bulan Ini?

Setiap bulan ada je benda happening di Terengganu. Pilih bulan, pilih event, terus rancang trip anda.

Kemaskini terkini:

Hari Minggu Hari Bahagia

Acara Rutin Hari Minggu di Terengganu
Setiap Khamis, Jumaat & Sabtu

Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA)

Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA) di Dapo Pata membawa pengunjung mengimbau zaman kegemilangan filem Melayu era 60–70an. Hiasan dan props klasik menghidupkan suasana Studio Jalan Ampas serta karya legenda Tan Sri P. Ramlee.

Ketahui Lanjut
Setiap Isnin - Sabtu

Uptown Pulau Warisan

Uptown Pulau Warisan terletak di lokasi strategik berhampiran pusat bandar Kuala Terengganu. Ia terkenal dengan suasana pasar malam yang meriah, pelbagai juadah tradisional dan barangan unik. Akses mudah, persekitaran komersial yang berkembang serta tarikan pelancongan menjadikan kawasan ini bernilai tinggi. Sesuai untuk usahawan dan pelabur yang mencari peluang strategik di tengah bandar.

Ketahui Lanjut
Kelebihan Kalendar Acara – Discovery Terengganu
Ogos 2026 · Bulan Kebangsaan

Bulan Ni Terengganu Meriah Merdeka — Semua Dalam Satu Kalendar

Karnival kraf, larian pagi, pesta kopi, festival buku, ride malam Merdeka — semua berlaku serentak merentas lapan daerah. Kalendar Acara Discovery Terengganu susun ikut tarikh, lokasi dan status supaya anda tak terlepas satu pun.

Logo sambutan 69 Tahun Merdeka
—acara aktif bulan ini
—bertema Merdeka
—jalan hujung minggu ni
Ilustrasi sambutan Merdeka di Kuala Terengganu - Masjid Kristal, Bukit Puteri, Pasar Payang, Jambatan Angkat dan rakyat pelbagai kaum
Tengah Berlaku

Yang Tengah Meriah Sekarang

Senarai ni hidup — acara yang dah tamat hilang sendiri, yang tengah berjalan naik ke depan. Status dikira ikut jam peranti anda.

Kenapa Guna Kalendar Ni

Empat Sebab Ia Jadi Rujukan Pelancong

01

Maklumat Acara Serta-Merta

Tarikh, masa, lokasi dan status setiap acara terus di depan mata. Poster rasmi, peta lokasi, harga tiket dan pautan pendaftaran semua dalam satu entri — tak payah selak lima page Facebook semata-mata nak cari satu tarikh.

02

Laju & Senang di Telefon

Dibina mobile-first sebab majoriti orang cari acara masa dalam kereta atau atas katil. Tapis ikut minat — festival makanan, sukan, budaya, karnival keluarga — dan skrol tanpa tersekat walaupun line cuma 4G.

03

Promosi Yang Sampai Kepada Orang

Penganjur dapat ruang paparan yang konsisten, peniaga tempatan dapat trafik masa acara berlangsung. Kalendar yang aktif bermakna lebih ramai pelawat masuk ke daerah — bukan tertumpu di Kuala Terengganu sahaja.

04

Rancang Trip Ikut Acara

Tengok apa yang berlaku pada tarikh cuti anda, susun itinerari sekeliling acara tu, pastu simpan terus ke Google Calendar atau kalendar iPhone. Cuti jadi tersusun, bukan main teka.

Jangan Terlepas Yang Tinggal Beberapa Hari Ni

Kalendar Acara Discovery Terengganu dikemas kini sepanjang tahun — dari karnival Merdeka bulan Ogos sampai Terengganu Surf Festival hujung tahun.

Lihat Kalendar Penuh

Kongsikan Kepada Kenalan Anda

Ajak keluarga dan kawan-kawan tengok apa yang meriah di Terengganu bulan ni.